Tak boleh berlama-lama dalam bilik sebab aku ingat nak pergi Elephant Trunk Hill. Dengar citer macam menarik je. Lagipon sejuk jugak dalam bilik ni, terketar-ketar aku pijak lantai walaupun masih pakai stoking tebal. Heater tu ada, tapi aku tekan-tekan remote tetap tak nak On dah la tulisan kat remote tu semua bahasa Cina.
Masa nak keluar tu aku sempat sembang sembang dengan receptionist perempuan kat situ. English dia sangat fasih. So apa lagi, aku tanya habis habisan lah nak pergi situ nak pergi sana. Lega, dia sangat sangat membantu siap bagi free map untuk tourist lagi. Kat map tu ada direction bas nombor berapa perlu naik kalau nak pergi ke semua tourist spot yang ada kat Guilin ni.
Jalan kaki sikit ke depan jalan raya utama tu dah nampak ada bus stop untuk ke city. Ayuh kita tunggu bas.
Sekali naik just 2yuan. Tak kisah nak turun ke mana pon. Bas pulak dalam 2 minit macamtu akan sampai, memang tak putus putus dan tak perlu tunggu lama.
Aku plan nak turun kat stop ke 2 sebab perempuan receptionist tadi cakap kena turun kat situ kalau nak beli tiket train ke Nanning.
Tak lama pon, dalam 10 minit je dah sampai. Tapi yang peliknya kenapa aku tak nampak pon bangunan train station tu ye? Ada jugak aku cuba cuba tanya orang kat situ tapi takde orang paham aku cakap. Sedih dan terus rasa lost kejap.
Dalam kedinginan sejuk sampai rasa ke tulang sum sum tu aku terus cuba tanya orang lagi, akhirnya ada jugak yang paham aku. Train! Train! Sambil dia tunjuk seberang jalan raya besar sebelah sana. Alamak, kenapa aku tak perasan bangunan sebesar alam tu ye?
Hehe..memang jauh jugak nak melintas jalan dan diorang buat subway untuk cross ke sana. Patotla tak perasan.
Masa nak masuk ke gate utama tu ada polis scan badan setiap orang. Bagus, very high security.
Aku plan nak beli awal tiket ke Nanning hari ke 3 nanti. Takut tiket habis kan ke population kat China ni terlalu ramai kan. Kalau boleh nak beli tiket tengah malam so boleh amik Hard Sleeper yang ada katil tu. Tidur dalam train esok pagi nya sampai Nanning. Set dalam otak macamtu la.
Mula tu aku terus je pergi ke kaunter nombor 1 sebab tengok tak ramai. Aku tanya nak beli tiket ke Nanning macamana dan dia cakap terus ke kaunter 7.
Beratur pon tak lama sangat, proses nak beli tiket sangat pantas.
Giliran aku pon tiba, bila aku cakap nak ke Nanning dia garu kepala kejap dan panggil kawan sebelah dia. Mungkin dia tak paham aku cakap kot. Aku buka hp calendar tunjuk date aku nak ke Nanning dan type siap-siap masa yang aku nak pergi.
Dan luckily dia agak paham tapi dia cakap full la pulak. Next day tu ada la dalam jam 1000am macamtu. Adoi, aku pulak yang blur tak tau nak buat keputusan cepat-cepat dan aku cakap thank you terus aku blah.
Aku tak keluar pon lagi dari train station tu, tapi aku lepak je kat tiang besar tepi kaunter figure out bila aku nak pergi Nanning nanti. Plan asal memang nak pergi hari rabu tapi tiket dah abis. Apapon kena beli jugak tiket kan, sebab aku amik flight balik ke KL nanti dari Nanning. So aku decide memang confirm lah amik tiket train hari Khamis pagi tu.
Tapi apa aku buat? Aku tak line up pon sebab tengok orang makin ramai beratur. Hazab dah ni, esok la aku beli. Hahahaha....mau nya esok datang tiket abis lagi mati aku kat sini.
Tapi sebenarnya aku nak sangat naik train hari rabu malam sebab nak sampai awal di Nanning. Dari Nanning khamis pagi tu nak pergi terus Daming Mountain sebabnya perjalanan antara tempat tu jauh dan makan masa.
Alang-alang dah tak sampai awal sebab tiket fully booked, so aku dah tak kesah sangat pasal nak sampai sana jam berapa. Sampai khamis malam ke, jumaat ke mana-mana tak kesah.
Aku pon keluar ke seberang jalan tadi, pon ikut subway yang bau hancing tadi tu. Tunggu bas kejap dah sampai. Kali ni nak tuju terus ke Elephant Trunk Hill.
Tapi yang bestnya, kat guide map yang aku dapat kat hostel tadi cakap aku perlu turun di stop nombor 5. Ni dah nombor berapa aku tak sure dok melayan perasaan sangat.
Sampai kat 1 traffic light ada signboard ke Elephant Hill arrow tunjuk ke kanan dalam berapa ratus meter je lagi. Wahhhh, nasib aku tak sesat. Elok je bas belok kanan ada bus stand, dan bas pon behenti. Aku dengan senyum kambing sorang sorang ni turun la dari bas dengan rasa lega.
Bas-bas kat Guilin ni ada route dia masing-masing dan akan turun di setiap bus stand laluan dia. Kalau agak sesat tu, turun je mana-mana bus stand, lepastu cross ke seberang jalan dan naik bas nombor yang sama untuk patah balik ke tempat yang kita nak pergi.
Okey, back to Elephant Hill stori mori. Memang boleh nampak entrance dia seberang jalan tempat aku trurun bas tadi.
Tapi apapon, aku kena cari glove dulu sebab jari jemari aku ni dah abis beku pegang camera pon dah tak terasa apa-apa.
Kedai memang banyak depan depan tu je, just pilih yang mana berkenan. Tapi ni la masalahnya aku yang bersaiz orang US ni. Nak je glove berkenan semua takde saiz. Ketat-ketat je pakai. Kenapa la orang China ni saiz comel-comel sangat ek.
So memang aku terpaksa la menahan kebekuan yang melanda jari jemari aku ni sebab tak dapat saiz glove yang sesuai.
Glove pon murah murah sajok... yang aku berkenan tu jenis fake leather ada la warna hitam dan coklat gelap. Memang maskulin sangat kalau aku pakai. Hihi :) Harga pulak dalam 20yuan je. Yang jenis material kain pulak dalam 10-15yuan macamtu.
|
Tiket untuk tourist 75yuan |
|
Entrance |
|
Walking map |
|
The first viewing deck |
|
First view Sungai Lijiang |
|
Selfie pulak depan Sungai Lijiang |
|
Sungai Lijiang side sebelah kiri |
Lepas layan layan sikit view Sungai Lijiang aku plan nak daki bukit dia yang ni. Tak tinggi sangat tapi tangga sangat curam dan licin. Masani pon tengah hujan renyai renyai. Kalau salah langkah mau tergolek ke bawah ni. Ayuh mendaki!
|
Curam dan muat muat tapak kaki aku yang saiz US ni |
Tangga dia nampak kering je kan, tapi sebenarnya tak pon. Basah dan ada certain tempat yang bertakung dengan air hujan. Tapi aku tengok ramai je naik. So aku agak yakin untuk naik sambil berpaut kat tempat pegang tu.
|
Dah sampai puncak |
Orang pon dah clear, diorang dah turun ke viewpoint ke bawah sikit.
Saja nak snap dengan jus peach ni. Sedap sangat, so kalau lain kali ada rezeki nak pergi China lagi boleh la aku grab banyak banyak air ni kan? Hikss...
|
Bamboo Zhong Yun |
Tak lama mana pon aku duduk layan view kat atas puncak, sebab tak berapa nampak apa sangat, kabus makin tebal dengan tambah hujan pulak tak henti henti. So aku decide untuk turun dan pergi seberang Sungai Lijiang iaitu Bamboo Zhong Yun. Tempat orang naik rakit buluh tu. Tapi bukan naik berakit g mana pon, just duduk atas tu tangkap gambar dengan burung.
|
Ni lah Elephant Trunk Hill |
|
Tempat orang tangkap gambar Trunk Hill |
Elok je bersenang senang kat situ aku ada nampak orang berjalan kat batu yang membentuk gajah tu tadi. Wah, macam boleh pergi je. So aku patah balik ke arah bukit yang aku daki tadi dan nampak sign bawah ni.
|
Watermoon Cave |
Kan.....boleh je pergi ke sana cuma aku je tak perasan sign ni masa turun bukit tadi. Betul-betul sebelah belakang tangga nak naik ke puncak bukit.
Apapon aku kena masuk entrance Yunfeng Temple dulu untuk access ke arah watermoon cave. Kat temple ni bau dia sangat la tajam sampai ke otak aku. Ala...bau colok cina tu, sambil pass thru aku tutup je idung dengan shawl. Abis citer.
Tapi kenapa ye setiap kali aku lalu kawasan temple yang bau colok mesti kepala aku sakit dan pening pening?
|
Close up belalai gajah |
|
Ada jugak tempat berehat |
Kalau la ada FJ mesti best, boleh duduk sini lama sikit sambil sembang sembang atas batu bulat tu.
Tapi verangan je lah, aku terus cari pintu exit dan keluar ke tempat aku masuk tadi.
Okay, sekarang aku nak pergi mana pulak ye. Takde lah plan nak ke attraction yang lain pon, tak berapa nak minat tempat tempat macamni.
Aku amik keputusan jalan kaki je ikut susur Sungai Lijiang tu tadi. Sampai satu kawasan tepi jalan tu, aku perasan ada sorang Chinese ni tengok aku lelama. Tinggi, putih bersih n hensem gitew....Dari jauh, sampai la aku lalu depan dia. Naik seram pulak, memang la dia tak pandang aku atas bawah macam orang lain, dia just tengok muka aku je. Pelik ke tidak?
Elok sampai depan dia, oh...actually dia meniaga tokua goreng
(tokua = tauhu empat segi tu lah) dia pon elok je bagi salam penuh kat aku. Hambik kau...rupanya dia memang target aku dari jauh orang Islam sebab tu kot..aku je yang berprasangka buruk tak tentu hala.
Aku jawab dalam hati je, sambil tundukkan kepala sikit macamtu..aik, fefeling ada kat Jepun pulak kan nak tunduk tunduk bagai?
Aduh, terus rasa lapar dan nak patah balik beli tokua goreng mamat Chinese tu tadi. Tapi macam segan. Takpe lah, maybe nanti jalan ke depan akan jumpa kedai Halal. Mana tahu kan?
Jalan pon dah jauh jumpa jalan besar traffic light dan bangunan-bangunan besar semua, tapi tetap tak dapat spot kedai makan Halal. Arghhh..kenapakah? Dah petang ni, dan tak makan apa lagi.
Then, aku decide nak balik hostel je lah terus. Memang penat dan kaki dah kelenguhan yang amat sangat.
Balik naik bas la, pengsan kalau jalan kaki.
*************
Sampai je bilik, aku mandi koboi sebab tak nak la mandi lewat sangat nanti lagi sejuk. Erk, tipulah, memang sentiasa sejuk.
Heater bilik masih tak reti pasang..huhukkkk..nanges!
So nak hilangkan sejuk sejuk ni aku spray air paip je sebab heater dalam shower berfungsi elok.
Keluar shower tengok ada dormate dah balik. Ada jugak kawan nak menyembang kan? Kalau tak, sampai berbau la mulut kau tu tak cakap dengan sesape.
Perempuan ni muda lagi tapi aku takde pulak tanya umur dia berapa. Dia dari Germany, dan travel seluruh China, kawasan utara China dia dah cover..dia la cakap. Hari ni pon baru balik dari Nanning, 1 day je dia buat trip ke Nanning. Apa-apalah kan...aku kalau nak buat mega trip macam dia jenuh kena cuti tanpa gaji lepastu kena pulak cari keje part time kat China ni. Atau pon aku amik je upah jahit baju kat China? Wah..macam best jer market kat sini.Hiks...
*Sila visit instagram aku ye kalau sape2 berminat nak buat tempahan baju raya 2015 ig
@enaazman
Iklan kejap.
Aku nampak dormate aku capai remote heater dan cakap "May I?"
Haaa...bagus la dia boleh pulak tekan je button biru tengah tengah remote tu dan heater pon terpasang dengan jayanya. Kenapa aku try tekan button tu banyak kali tapi tetap tak boleh??
Terima je hakikat..
Aku keluar melepak kat lobby pulak, nak keluar jalan jalan kaki masih kesakitan bahagian betis aku ni. Jalan banyak dan bawak pulak bebanan yang makin memberat ni kan?
Lapar. Order je la dari hotel ni. Nak makan kat luar tak tau boleh dapat kedai Halal ke tak kan. So aku amik yang side vegetarian dan suruh dia buat pedas pedas sikit dan serve dengan nasik.
Aku yakin dengan mereka! Tak yakin jangan makan okey.
Base on ubi keledek dan sayur sayuran je. Boleh tahan sedap. Harga pulak dalam 22yuan.
Sambil makan aku nampak ramai penghuni hostel berkumpul kat lobby. Lobby tu side kanan aku tengah makan ni je. Rupanya diorang ada class memasak. Femes jugak class memasak kat hostel di China ni, base apa yang aku baca dari review orang lain lah.
Tapi class dia bukan la formal mana pon, just dia letak bahan bahan atas meja, dan sesape pon boleh try buat. Contohnya masani diorang ada buat kuih karipap inti daging hancur
Aku pon cepat cepat makan dan nak join sekaki. Saja nak tunjuk skill buat karipap.
Elok tengah jengah jengah diorang buat, mat saleh sorang ni hulur tepung yang dah diuli bagi aku. Dia suruh aku penyek penyekkan bagi rata je atas tapak tangan. Okeylah, macam aku tak tahu kan? Nak jugak belagak...hikss..!
Lepastu dia bagi aku inti dan suruh kelipkan hujung tepung bagi melekap. Uolls, aku dah letak inti tu atas tepung aku tau.. tapi sikit je tak sentuh pon inti dia just guna sudu kecik tu. Dan masa ni la baru perempuan yang amik order makanan tadi cakap " U are vegie right? This paste got bacon inside"
Phui...ada BABI!
Aku lempar masuk dalam bekas yang dorang letak atas meja tu dan beredar.
Sedih, aku tertipu.
Aku angkat beg dan keluar ke jalan besar untuk ke city. Dah malam pon, dalam pukul 8pm. Malam ni aku nak tuju ke pasar malam dorang.
Aku tak ingat aku turun bas kat mana, just agak agak je dan jalan ke arah orang ramai berkumpul.
Yes, memang betul lah jalan ni. Suka sangat.
Seberang sana sikit boleh terus ke 2 pagodas. Cantik jugak. Tapi tengok dari jauh je sebab hujan kian lebat. Sejuk dan gelap. Tak berani lah nak jalan sorang kat situ.
Elok nak patah balik aku nampak kedai ni kat celah bangunan belakang. Geng geng Taobao ni memang dalam China je dan uolls boleh shopping worldwide tak kira kat mana korang berada selagi korang boleh paham tulisan cina.
Ye, memang marketing dorang dah tembus ke serata dunia (aku rasa la) tapi tulisan cina je lah. Ada certain website yang boleh translate ke English tapi kebanyakan yang lain memang tak boleh translate.
Kita compare kan Taobao ni macam Lelong.com.my lah senang. Kalau sape penah shopping kat Lelong, mesti taw lelong just sebagai one stop untuk beribu-ribu kedai dalam Malaysia kan?
Taobao pon sama banyak kedai bernaung bawah dia dan tak perlu ke China pon untuk dapatkan barang yang super duper murah. Macamana kawan aku buat bisnes dan untung beribu sebulan dengan amik barang dalam Taobao ni lah.
Okey, dah habis promote Taobou ke korang tak nak tahu pon? Hehe..
Kejap je aku kat sini sebab tak tahan sejuk. Lepas beli barang sikit aku terus balik hostel.
Sampai dorm takde sape pon lagi tapi tengok ke tiga-tiga katil penuh ada barang. Aku tidur malam tu dalam kesejukan.
Apa yang aku sedar sepanjang malam aku bermimpi family aku kat kampung. Rindu kot.
Dan aku tersedar 2 ke 3 kali sebab meracau-racau kesejukkan yang amat sangat walaupun dah pasang heater, baju 3 lapis dengan stoking tebal semua.
Last sekali aku meracau tak ingat dunia, (
mata terbuka dan separuh sedar tu di kira meracau ke uolls?) dormate budak Germany tu terjaga dan tanya aku " Ena are u okeh?"
Aku diam je tak jawab dan sambung tidur. Aku tak tau la dia corcern kenapa...adakah sebab dia seorang yang caring dengan kawan-kawan atau dia rasa terganggu aku meracau-racau bising dalam bilik yang sempit tu?
Waallahualam.
*bersambung...