Tuesday, August 7, 2012

Trip ke Jakarta - Bandung, Indonesia 2012

Hye uolls, kat sini aku nak citer ckit trip aku ke Jakarta dan Bandung, Indonesia. Aku rancang dalam tempoh kurang sebulan dengan kekuatan anggota trip seramai 12 orang wanita..
(harga yang disebutkan di bawah sume dah convert ke RM, malas citer juta-juta)

17 Julai 2012, Selasa

Kami bertolak dari perkarangan Sungai Petani, Kedah jam 0630 untuk ke airport Penang. Dalam 0730 dah sampai makasih kat L/Kpl Hamid yang tolong bawa kami ke airport awal2 pagi tu..hehe..

Kami dah tak kalut2 check in sebab aku dah buat via web so sampai airport isi perut dlu kat McD sampai 0830 terus ke boarding zone. Flight berlepas jam 0920 dan sampai di Jakarta tepat jam 1200 waktu Malaysia. Lama giler atas flight, aku bukan boleh..time tu la duduk pon tak kena loya2 abis sume dengan rasa bengang telinga pon ada. Bila telan air liur je rasa pedih je anak tekak ni..adoi laaa...camne nak pegi Korea nanti..hahahakk

Kak Jah yang gorjes


Pramugara kacak bagi form Kastam untuk isi siap2..senang nanti sampai airport terus bagi je kat kaunter


view before sampai 


view nak mendarat 


Some of our group depan flight AA


Catwalk by Kak Jah 


Sampai airport Jakarta aku ambik taksi (teksi) untuk muat 12 orang. So dapat la Avanza 2 biji dengan harga  idr400,000 (RM12 seorang). Sampai hotel awal sangat sebab check in jam 1400 tapi baru jam 1200 masa tu (awal sejam dari Malaysia). So letak luggage kat kaunter hotel cas RM2.40 je. Pak supir Avanza lak dok tunggu depan hotel sebab dah deal nak bawa ke Tanah Abang, just tambah idr200,000 untuk dua buah Avanza (RM6 seorang). 

Actually Tanah Abang tu ambik masa sengah jam je kot tapi disebabkan kesesakkan lalulintas yang amat teruk, kami terperangkap sejam di tengah2 bandaraya tu. Aku decide untuk bayar je terus kat pak supir tu duit tambang then jalan kaki je ke bangunan Tanah Abang. Memang dah boleh nampak depan mata bangunan tu sebab tu la berani keluar jalan kaki...hehe..

Yang bestnya bunyi hon kenderaan tu dah macam irama wajib untuk setiap pemandu. Kalau kita dengar hon, "woi apa lembab sangat drive" atau "woi nak mampos ke" tapi kat sana bunyi hon maksudnya "saya jalan dulu ye" atau "hati-hati, saya nak potong kenderaan awak ni".. Haha..pendapat aku je :D

Jalan sesak di tengah kota Jakarta


di tengah kesesakkan jalan raya tu ada sorang pakcik jual suratkhabar, cool kan?


Ni lak kenderaan askar kat Indonesia


Dalam sejam tu sempat la shopping sikit sebab kedai sume dah nak tutup. Bangunan depan tu untuk grosir (beli borong). Jadi kalo korang nak beli secara loose pegi bangunan belakang dia, boleh nampak bangunan Tanah Abang warna hijau melintang jalan raya. Ha...yang tu la k..


Yang geramnya aku dapat pak supir cekik darah, aku ni memang jenis xbape reti nak bargain harga..kawan-kawan lain jenis rilek je nak bayar bape pon xkesah (orang kayaaaaa la tu)..
Ada ke patut dia cakap cas tunggu kami shopping sampai RM12 seorang? sampai hati pak supir kapak gadis seperti aku ni..xnak la aku so aku suruh je dia balik takyah nak tunggu2...



RM10-RM15 je sehelai..murah-murah


Bangunan grosir ni kalau korang nak beli borong minimum 6pcs sama design xkesah la dress ke telekung ke ape jenis pakaian sume ada. Kalau nak beli sikit-sikit jgn masuk bangunan ni bazir masa je..


korang mesti xcaye price dress ni bape..hehe..


Ada 5 tingkat tapi jalan-jalan kat level ground je..banyak sangat kedai


Kedai depan pintu masuk borong t-shirt I ❤ Jakarta


very bad shoot


jalan sesak teruk, orang sume dah balik keje


dari Tanah Abang ke hotel naik Bajai ni, RM6 je seorang..pastu 15minit dah sampai hotel sebab diorang pandai menyelit tengah kesesakan lalulintas..


Balik hotel pon dah maghrib. Aku dan kak fadilah keluar ke Pasar Baru depan hotel tu je jalan2 sambil nak cari makan. Yang lain xkeluar rasanya sebab dorang tdo keletihan..aku pon kalo nak kira letih memang boleh lesap ke alam lain dah kalo letak kepala atas bantal. Tapi difikirkan esok pagi2 lagi nak balik Malaysia dah so rasa rugi kalo x jalan2 kan?

cian gigirl ni jual puzzle untuk cari rezeki


Tengok...sambil makan ada orang main gitar n nyanyi2 kat kita..so romantik..haha..


Ifu Mie, mi kering + ala-ala kuah mi ladna (RM8)


Nasi goreng RM6, boleh makan dua orang banyak sangat tak terhabis


Pemandangan dari bilik hotel, cas bilik yang ada tingkap mahal dari bilik tanpa tingkap. Tapi view mengecewakan


Pasar Baru, tempat shopping murah betul-betul depan hotel just jalan kaki 5 minit sampai



18 Julai 2012, Rabu

Pagi-pagi lagi jam 0600 aku dah bangun sebab flight awal jam 1140. Kawan-kawan yang lain gerak ke Bandung jam 0730. Semalam tu aku dah settle siap-siap transport diorang ke sana so tak la kalut sangat pagi ni kan...So aku bertolak jam 0800 naik bajai ke stesen bus Gambir pastu naik teksi kat airport. Jam 0930 dah sampai airport. Rupanya flight aku ikut waktu Jakarta, amik kau! Waktu Jakarta sekarang 0830 so tunggu la aku 3 jam sensorang kat airport. 

Bfast A&W dulu. Tengok belah kanan, kertas merah tu money conversion yang aku bawa merata-rata..hehe..


Restoran Khas Amerika, terpampang besar-besar mengatakan produk ni Amerika punya. 


Aku lepak depan Batik Keris ni hampir 2jam. Sejam awal tadi jalan2 dalam airport window shopping. Perfume murah-murah, yang banyak nya kedai batik je kat airport ni. Besar dari Airport Penang 3x ganda. 


Balik naik Lion Air


Aku turun kat KLIA dan naik Airport Coach ke KL Sentral. Pastu pergi Puduraya beli tiket nak balik Sungai Petani jam 2030. Ada masa dua jam tu aku g sambung shopping kat Berjaya Times Squares. Penat giler.

Jom kita calculate kos Penang ke Jakarta sahaja :

Tambang flight AA dan hotel 2malam : RM270
Dari airport Jakarta ke hotel di Pasar Baru dan ke Tanah Abang  : RM18 seorang (naik teksi bole muat 6 orang)
Bajai dari Tanah Abang ke Hotel : RM6
Bajai dari Hotel ke stesen bas Gambir : RM6
Teksi ke Airport : RM27
Airport Tax n Surcharge : RM50
Total : RM377

Nanti aku sambung citer g Bandung pulak sekali ngan budget ye.

K, bye Jakarta..jumpa lagi next time.






No comments: