Monday, January 12, 2015

Sydney Day 1 - Departure

Trip ke Sydney, Australia ~ 9 hari 8 malam


A day before flight ni aku berkursus seminggu kat Mont Kiara. So kiranya sekali harung la boleh amik flight terus kat LCCT xpayah pening pening nak book flight penang - kl or xperlu risau sempat ke tidak kalau naik bas kat terminal sg nibong ke kl. bas sapu ni semua tipoooo sangat tau! patutnya journey 4 jam setengah boleh sampai kl. tp bas bas yg hado kat situ semua dalam 6-7 jam journey. kecuali bas plusliner. memang terbaik...sampai tepat pada waktunya. xda la nak gather2 bas dari pelusuk cerok macam bas bas lain buat.

okeh xpaham xpe. ni just luahan perasaan xpuas hati dengan syarikat bas yg dok ada sekarang ni.

15 MAC 2014

Pagi pagi sepiee lagi FJ dah angkut aku dari hotel tempat aku berkursus tu ke Lcct. Awal pagi sangat kot. FJ moody je xnak sembang apa apa dengan aku. Tapi apa yg terkeluar dari mulut FJ pagi tu buat aku terkujat beruk sangat taw. Rupanya dia macam tak ikhlas nak hantar aku ke  Lcct. Dah la awal pagi sangat. 

Seriously bertakung jugak air mata dalam kegelapan subuh itu hari. Kalo iya pon tak boleh hantar cakap je lah xpaksa pon kan ?

Sumpah...terdetik jugak di hati. Rasa nak kensel terus wedding bulan 4 nanti.

Astaghfirullahalazim...


Dugaan sangat bila kita saling tak kenal each other pe'el masing masing macam mana. Yelah, dugaan bertunang orang kata.

Sampai airport, nangis sikit-sikit depan boarding gate apa semua sambil berdrama swasta TV3 aku berlalu pergi. 

Frust. 

Mungkin ni ending pertunangan kami. Memang aku dah pikir macam-macam yang tak elok masa tu.

Aku kesat air mata kiri kanan sambil pegang pasport dan tiket flight. Tiba-tiba je FJ sapa dari belakang and pegang bahu aku. Dia minta maaf sebab tersalah cakap.

Ya Allah, berderai terus airmata depan orang ramai masa tu. Yela, tak kan sebab benda kecik macamni kami nak bergadoh teruk kan..

*hahahaha....nak tergelak pon ada bila pikir balik situasi pagi tu :)

Jadi aku pon terus melangkah masuk ke international departure dengan hati yang berbunga-bunga. Nak travel kena happy. Kepala ringan sikit la kan. 

Isi form dulu declare barang-barang apa yang bawa. Macam haritu aku bawa ikan bilis berpeket-peket untuk kawan kat Sydney. So declare je lah. Ubat allergic seafood aku tu pon aku declare walaupun sikit. Yang lain-lain tak de apa nak declare. Bawa diri je. Hiks :)

layan makan kimchi 1hour after flight


Lepas makan, tidur lah kita yuk. Hehek :)

ZZZzz....
zz
zz...




Sejam lagi nak sampai, refresh kan diri dengan White Coffee dan choc bar

Alhamdullillah, 8 jam journey and aku touch down Kingsford Smith Airport dengan selamat. Kastam check form aku isi tadi. Kena selongkar habis. Dia siap tanya ubat apa aku bawa. Pergh, nasib declare. Tapi kalau sepapan dua je ubat rasanya tak de apa-apa kot.  Hehe... settle!

Hah, keluar je kat depan dah blur tak tau nak pegi mana. Apa-apa pon cari wifi yang hado kat airport dulu. Aku nak kena contact membe aku tu kalau tak, tido la aku kat airport ni.

First time tau uolls, aku travel tanpa study route mana yang aku nak kena ikut. Haha, ini jangan tiru!

Dapat dah tiket. Harga Aud17.20 sehala

Aku naik train ni dari International Airport to Circular Quay


Lepas je train keluar dari building baru aku perasan, hari dah gelap. Betullah, beza Sydney 3jam lewat so sekarang dah jam 9 malam lebih. Cuaca masa ni dah hujung-hujung musim panas nak masuk musim luruh. Kalau musim sejuk, beza 2 jam je dengan Malaysia.

Sampai stesen Circular Quay, berpusing-pusing aku cari membe aku. Tak jumpa!

Nak nangis aku masa tu tau. Dah la hp xroaming. Cinabeng betol lah.

Ena ! Ena !

Ada orang panggil aku nih. Pusing je nampak AA dengan ZM. Fuh, lega ya amat uolls. Hehe :)

Rupanya kena naik bas lagik. Rumah dorang kat Glebe Rd. Redah sajok. Nama pon nak menumpang orang kan. 

*Tengkiu sangat AA and ZM bagi tumpang itu hari.

Sampai je umah, siap-siap tilam apa suma depan hall. Aku melelapkan mata dengan nyenyaknya tak ingat apa dah. Sedar-sedar dah pagi.....

*bersambung...


No comments: