Assalamualaikum kawan-kawan, kali ni aku nak citer trip pegi Vietnam pulak.
16 Mei 2013
Awal-awal pagi dah check out dari hotel berdekatan Stesen Monorail Medan Tuanku. Terus lajak ke KL Sentral dan naik Skybus ke LCCT. Jimat. Hehe..
Sampai LCCT lebih kurang jam 1000hrs Kak Jah dan Tuan Rahim dah standby awal kat Chocolate. Flight jam 1200hrs..banyak masa lagi so aku g check in dulu sebab xboleh nak buat online ada masalah maklumat pasport aku dah salah isi.. Hehe.. no big deal ;)
Opss..aku tepaksa g cari money changer sebab xtukar duit awal..so last minute..sebab pe, dari awal lagi aku dah macam malas nak gi vietnam ni sebab tu xde preparation apa.. not so excited :(
Masa berlalu pantas, dah sampai HCMC
Awal-awal dah kena tipu dengan ulat teksi, xyah la mention kat sini berapa RM yang aku kena kapak. Tapi untuk makluman semua harga sebuah teksi untuk 3-4 orang lebih kurang RM20 sahaja ye dari airport ke hotel. Aku menginap di Hotel Thanh Long Tan- District 1. Lebih kurang 30 minit dari airport. Yang bestnya 5 minit je jalan kaki ke Ben Thanh Market. Sukeeee sangatttt!
Sementara tunggu Kak Sal and family sampai, kami g makan dulu. Perut dah lapar sangat ni. Kak Sal datang lewat 2 jam dari kami. Xsusah nak cari kedai makanan halal, depan hotel ada 4 kedai yang diyakini halal. Tapi paham-paham lah ye, memang mahal sungguh-sungguh la makanan kat sini. Sebab xbanyak kedai halal so dorang pegang harga kaw-kaw punya lah!
Antara kedai makanan halal sepanjang jalan depan hotel menghala ke Ben Thanh Market :
1) Restoran Hajah Basyiroh
2) Restoran 1 Malaysia - owner orang Malaysia
3) Restoran Kampung Melayu
4) Kedai makan kecik tepi tangga depan kedai kain, rasanya xde nama kot kedai ni.
Untuk 1st day ni just jalan-jalan sekitar Ben Thanh Market and shopping kain-kain je. Malam sikit ada pasar malam betul-betul depan kawasan Ben Thanh Market. Orang yang sama jugak, siang meniaga kat dalam market, malam buka payung meniaga kawasan luar. Tapi harga murah lagi kalau nak beli kat Pasar Malam. So apa lagi, shoping lah lagi..
Sambung perjalanan esok...zzzzz
No comments:
Post a Comment