Hari ke-3 dah kat sini. Still tak de apa yang best yang aku buat. Hari ni AA keje. ZM pulak dah start kelas.
Lepas lunch aku siap-siap pastu sarung sport shoes, galas beg dan aku keluar dari umah. Mana nak tuju ek.
Tengah tunggu bas, terus terfikir nak pegi balik kat Opera House semalam. Tapi aku nak pegi depan Opera tu setentang dia je ada Harbour Bridge. Salah satu mercu tanda Sydney jugak la.
Ikut je direction
Harbour Bridge ni jambatan klasik dibina tahun 1923. Sesapa rajin nak panjat bahagian atas bridge ni pon boleh untuk dapatkan lookout point paling superb. Tapi kena bayar lah siap dapat sijil lagi.
Aku just jogging tipu-tipu je kat sini. Takde lah peluh sangat sebab angin sejuk je sepoi sepoi bahasa menemani aku.
Selamat untuk pejalan kaki
Kenangan sikit kat sini
Orang sibuk jogging, aku sibuk selfie. Hiks :)
View Opera House dari atas Harbour Bridge
Ni lagi
Dan lagi
Dan..dan lagi.....Hehe :)
Ni kat hujung sebelah sana bridge, boleh rehat rehat
Aku lepak-lepak kejap kat sini. Ada kedai runcit, beli air botol dan biskut buat lapik perut.
View pon cantik, tapi takde pic. Kat sini ada park apa ntah boleh pegi ushar tengok. Tapi aku tak pegi pon. Hehe :)
Jom jogging seberang jambatan balik ke sana pulak.
Kat tengah bridge ni ada lift untuk ke tempat nak climb ke atas
Hujung bridge, view bangunan-bangunan tinggi ni di kawasan Circulay Quay
Sampai je kat hujung jambatan ni balik, aku tengok cuaca pon cerah lagi. So aku pegi jalan-jalan kat depan Opera House lagi sekali. Tengok ada Queen Mary belabuh. Punya besar.
Ni pulak building apa ntah depan Opera, nampak happening je ada local buat party (sebelah kiri gambar)
Lepastu aku naik bas nak balik ke Glebe Rd. Turun kat simpang 3 selepas Sydney University. Lepastu jalan celah-celah umah orang dan sampai la umah.
Puas arini. Esok pulak aku sambung Coastal Walk ke Bondi Beach.
No comments:
Post a Comment